MAKLUMAT PENGINAPAN PROGRAM EKSEKUTIF UKM MOD  CUTI SEKOLAH (PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN UKM)

 

1.      Permohonan ini dibuka untuk penginapan bagi program PSP UKM KOHORT 9 Ambilan Februari 2025  (Semester 2 Pertemuan 1).

 

2.     Tempahan bilik ini hanya dikhususkan untuk penginapan di bilik asrama berdua Kolej Keris Mas, UKM dengan kuota 110 pelajar perempuan dan 40 pelajar lelaki.


3.       Tarikh permohonan penginapan adalah pada 29 OGOS 2025 (Jumaat) JAM 10.00 pagi.

 

4.     Tempoh penginapan telah ditetapkan dari 11 September 2025 (Khamis) hingga 20 September 2025 (Sabtu), iaitu selama 9 hari 8 malam. Sekiranya pelajar memerlukan penambahan tarikh penginapan, mereka dikehendaki menguruskan perkara tersebut secara terus dengan pihak Kolej Keris Mas.


5.      Bayaran penginapan ditetapkan bermula daripada RM30 per malam. Tarikh penginapan adalah muktamad, dan sebarang permohonan untuk menambah atau mengurangkan tempoh penginapan tidak dibenarkan. Tiada pemulangan bayaran akan dilakukan dalam keadaan ini.

 

6.      Pelajar yang berminat dikehendaki untuk membuat pembayaran di sistem dan mengisi Google Form yang akan diberikan.

**NOTA: Seorang pelajar boleh menempah satu (1) katil sahaja pada satu-satu masa. Sekiranya pelajar ingin menempah bagi pihak rakan-rakan, sila masuk semula ke dalam sistem, kemudian buat pilihan dan pembayaran semula bagi pihak rakan anda. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah maklumat rakan anda kerana resit akan dikeluarkan atas nama rakan anda. Pastikan resit dan Google Form adalah orang yang sama bagi mengelakkan kekeliruan maklumat ketika pelajar daftar masuk nanti.


7.      Pihak penginapan akan memberi maklum balas mengenai status permohonan dalam     tempoh 3 hingga 5 hari bekerja melalui emel yang didaftarkan di Google Form.

 

8.       Untuk makluman, pemberian maklumat bilik hanya akan dilakukan pada waktu pendaftaran penginapan di kolej.

 

9.     Pemilihan rakan sebilik dibenarkan hanya bagi pelajar yang mendaftar bersama pada masa yang sama. Pihak pengurusan akan menyusun pengisian bilik berdasarkan turutan masa pendaftaran.

 

10.   Pelajar adalah terikat dengan peraturan kolej. Pihak KSBB dan kolej tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecurian dan keselamatan yang berlaku.


11. Tiada pemulangan bayaran selepas tempahan dibuat.

 

Nota : Pengurusan penginapan setiap kolej adalah berbeza. 



PILIH BILIK PENGINAPAN YANG DIINGINI DAN BUAT PEMBAYARAN DI BAWAH


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
[LELAKI] KOLEJ KERIS MAS, UKM (BILIK ASRAMA) - RM270.00 + RM10.00 (caj pengurusan)
16
[WANITA] KOLEJ KERIS MAS, UKM (BILIK ASRAMA) - RM270.00 + RM10.00 (caj pengurusan)
19
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN


Whatsapp Kami