MAKLUMAT PENGINAPAN PROGRAM EKSEKUTIF UKM MOD CUTI SEKOLAH (DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH)
1. Permohonan ini dibuka untuk penginapan bagi program DPLI Eksekutif UKM KOHORT
4 Ambilan Februari 2024 (Semester 2 Pertemuan 1).
2. SENARAI BUTIRAN
PENGINAPAN UKM adalah seperti di LAMPIRAN.
3. Tarikh permohonan
penginapan adalah pada 14 OGOS 2024 (RABU)
sehingga 19 OGOS 2024 (ISNIN) JAM 12.00 tengah hari.
4. Tempoh penginapan adalah ditetapkan dari 17 September 2024 sehingga 22
September 2024 (Ahad) iaitu selama 6 HARI 5 MALAM.
5. Bayaran penginapan bermula RM30 per malam. Tarikh penginapan
adalah muktamad, pelajar yang ingin
menambah atau mengurangkan tempoh menginap adalah tidak dibenarkan dan tiada
proses pemulangan wang akan dilakukan.
6. Pelajar yang berminat
dikehendaki untuk membuat pembayaran di sistem dan mengisi Google Form yang akan diberikan.
**NOTA: Seorang pelajar boleh menempah satu (1) katil sahaja pada satu-satu masa. Sekiranya pelajar ingin menempah bagi pihak rakan-rakan, sila masuk semula ke dalam sistem, kemudian buat pilihan dan pembayaran semula bagi pihak rakan anda. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah maklumat rakan anda kerana resit akan dikeluarkan atas nama rakan anda. Pastikan resit dan Google Form adalah orang yang sama bagi mengelakkan kekeliruan maklumat ketika pelajar daftar masuk nanti.
7. Pihak penginapan akan memberi maklum balas mengenai status permohonan
dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja melalui emel
yang didaftarkan di Google Form.
8. Pemberian maklumat bilik hanya diberikan semasa pendaftaran penginapan kolej.
9.
Pelajar
boleh memilih rakan sebilik ketika daftar masuk (mengikut pilihan bilik dan
kolej yang sama).
10.
Pelajar
adalah terikat dengan peraturan kolej. Pihak KSBB dan kolej tidak akan bertanggungjawab
terhadap sebarang kecurian dan keselamatan yang berlaku.
Nota : Pengurusan penginapan setiap
kolej adalah berbeza.
PILIH BILIK PENGINAPAN YANG DIINGINI DAN BUAT PEMBAYARAN DI BAWAH